Jenis patogen Patogen

Bakteria

Kebanyakan bakteria, yang biasanya berukuran antara 1 dan 5 mikrometer panjang, sama ada berbahaya atau bermanfaat kepada manusia. Bagaimanapun, ada juga senarai kecil patogen yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Salah satu penyakit bakteria dengan beban penyakit tertinggi ialah batuk kering, yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang membunuh kira-kira 2 juta orang setiap tahun, kebanyakannya di kawasan Afrika sub-Sahara. Bakteria patogen menyumbang kepada beberapa penyakit penting di seluruh dunia, seperti radang paru-paru, yang boleh disebabkan oleh bakteria seperti Streptococcus dan Pseudomonas, dan penyakit bawaan makanan yang boleh disebabkan oleh bakteri seperti Shigella, Campylobacter, dan Salmonella. Bakteria patogen juga menyebabkan jangkitan seperti tetanus, demam kepialu, difteria, sifilis dan kusta.

Bakteria sering kali boleh dibunuh dengan antibiotik, yang direka untuk menghancurkan dinding sel. Mekanisme ini menyingkirkan DNA patogen, menjadikan bakteria berkenaan tidak mampu menghasilkan protein dan seterusnya mati. Satu kelas bakteria yang tidak mempunyai dinding sel dipanggil mikoplasma (yang menyebabkan jangkitan paru-paru). Ada juga satu kelas bakteria yang hidup di dalam sel-sel lain (parasit dalam sel obligat) iaitu chlamydia (genus), penyebab utama kes-kes jangkitan kelamin di dunia.

Virus

Beberapa penyakit yang disebabkan oleh patogen virus termasuk cacar, influenza, beguk, campak, cacar air, ebola, dan rubela.

Virus berpatogen datang terutamanya dari keluarga: Adenoviridae, Picornaviridae, Herpesviridae, Hepadnaviridae, Flaviviridae, Retroviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Papovaviridae, Polyomavirus, Rhabdoviridae, Togaviridae. Virus biasanya berukuran panjang antara 20 dan 300 nanometer.[4]

Kulat

Kulat merangkumi mikroba daripada alam eukariot yang biasanya saprofit (memakan organisma mati) tetapi dapat menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. Kulat adalah penyebab penyakit tanaman dan tumbuhan lain yang paling utama. Saiz spora biasanua berukuran 1-40 mikrometer panjang.